Sabtu, 8 Jun 2013

Perlis-Kedah-Penang trip (day 3 and 4)


Check out dari Seri Malaysia dalam jadual sepatutnya selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi, tapi kami lewat sejam. Hari ketiga dlm itinerari melawat Taman Ular dan Ladang Harumanis. Kedua-duanya berdekatan antara satu sama lain. Tapi sebab semalam dah skip 2 sesi lawatan, maka hari ni terpaksa ubah jadual sikit. Lepas breakfast kami menuju ke Padang Besar. Anak-anak cari jersey, dapatlah satu sorang. Dan si Puteri kecik tu, inilah yg jadi pilihannya ...

Dia pilih warna putih. Bear besar ni 3x ganda saiz dia. Harga murah je, RM70.

Keluar dari Padang Besar, kami terus ke Gua Kelam. Kedua-dua destinasi ni patutnya semalam, tapi dah semua keletihan, maka terpaksa ditunda ke hari ni.

cantik, kan?

Batu kuartz semula jadi.


siap pantun-pantun lagi...


dalam ni dingin sekali. macam ada aircond

ada secret garden dalam ni rupanya. ingatkan setakat gua aje. ramai juga yg bawa bekalan makanan utk berkelah dlm ni. 
Suasana redup dan dingin membuatkan terasa nak berlama-lama di sini.

Selepas melawat Gua Kelam, kami terus ke Taman Ular. Rupa-rupanya bukan saja ular -  monyet, buaya, ostrich juga ada kandang masing-masing di sini. Ada juga bekas kosong tertulis, "Ular ke Kuala Lumpur". Bukan main lagi, ular pun ada sesi lawatan ke KL musim cuti sekolah ni!

Belailah saya, kata Manja. Ada berani?

Sian ular ni. Nama tak glamor langsung!
Selepas Taman Ular, kami menuju ke Ladang Harumanis. Malangnya kami diberitahu musim sudah habis sabtu lalu. Hanya lewat 2 hari saja. Kenalah tunggu tahun depan pulak.

Ini le harumanis terbesar kat Perlis!

Tamat sudah sesi lawatan di Perlis. Hmm ke mana pulak destinasi seterusnya?

Nak ke Hanoi, Manila atau Seri Begawan kami tak bawa passport pulak. Terpaksalah terus saja ke Alor Star. Kami sampai jam 4 petang di Pekan Rabu. Di sini hanya makan tengah hari (tp dah petang). Beli sikit dodol dan asam jawa untuk bawa balik. Cadangnya malam ini nak tidur di puncak Gunung Jerai, tetapi memandangkan dah lewat petang, terpaksalah cancel booking dan mencari pulak hotel di Alor Star. Nasib baik Seri Malaysia Alor Star masih lagi ada satu bilik untuk family. Tapi tak boleh booking, kena walk in. Siapa cepat dia dapat. Memang rezeki kamilah, sempat grab bilik tu. Sesak juga perasaan sebab banyak hotel yang kami call semuanya penuh. Sebelah malam pula kami mengambil peluang naik Menara Alor Star.

Tinjau jgn tak tinjau.

Balik dari meninjau di Menara Alor Star, kami singgah makan malam di Stadium Alor Star. Wah, happening sungguh kat sini. Banyak betul gerai berwarna-warni.

Besoknya kami bertolak ke Gurun, untuk menaiki Gunung Jerai. Jalan ke puncak Jerai sungguh berliku-liku. Selekohnya memang sangat tajam. Sebelum naik gunung ni eloklah check brake dan hon. Memang kena selalu membunyikan hon sebab nak bagitau kenderaan di laluan bertentangan akan kehadiran kita. Jarak dari bawah ke puncak hanya 12 km.

Hati-hati, laluan sgt sempit.
Sepanjang jalan ke puncak, bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak Cina yang berjalan kaki ke puncak. Usia dalam awal belasan tahun, mungkin dalam umur 13 - 15 tahun. Nampaknya mereka nak menangkap rama-rama. Tinggi sedikit ke atas, nampak pulak orang berbasikal. Usia mereka dalam lewat 40an atau 50an. Respectlah kat pakcik-pakcik ni, masih ada stamina lagi!
Masa awal sampai, masih berkabus walaupun dah tengah hari.
View dari puncak Jerai. Nampak jelapang padi Malaysia dan juga laut.

Kumpulan berbasikal dah sampai! Cepat jugak

Sesudah menghabiskan masa di puncak Jerai, kami turun dan mencari Lembah Bujang pula. Menurut Tourist Information Center di bawah kaki Gunung Jerai, Lembah Bujang terletak di Merbok. Lebih kurang 45 minit perjalanan ke sana. Sengaja nak dedahkan anak-anak dengan sejarah awal negara.

Cuaca panas sangat, Jadi tak dapatlah nak pergi tengok semua tinggalan candi ni.

Ketika solat di surau Lembah Bujang, sempat berbual dengan Pak Guard di situ. Dia kata kena selalu check kawasan ni sebab baru-baru ni mereka tangkap remaja sekolah berkhalwat di situ.Ish ... ish.. dah salah guna pulak tempat bersejarah ni. Mereka nak buat sejarah sendiri pulak!

Ikut itinerari, berakhirlah sudah sesi lawatan kali ini. Tapi ada orang yang tak puas hati sebab tak dapat char kue tiau yang diidamkan. Lagipun memang belum lunch. Puteri pulak kata dia tak pernah naik feri (walhal dah banyak kali pergi, tapi mungkin dia tak ingat). Jadi kami terus menuju ke Pulau Pinang. Sampai di sana, kami mencari Padang Kota Lama dan makan di situ. Yang bestnya, baru je letak punggung, menyerbu semua wakil gerai tanya nak makan/minum apa. Pening juga, nak duduk pun belum sempat apatah lagi nak fikir pasal menu! Tapi semua dapat apa yg diidam, laksa Penang, char kue tiau, sotong bakar, sotong kangkung, mi udang, kerang bakar, dan nasi ayam! Macam-macam menu masuk perut sebab semua nak merasa sikit sorang. Nasib baik perut tak meragam.
Ada sesape terliur?
Lepas menjamu selera, kami jalan-jalan di persisir pantai. Ternampak pulak pintu Fort Cornwalis. Rupa-rupanya boleh masuk melawat dalam kota ni. Selama ni walaupun dah banyak kali datang Penang, tak pernah pun terdetik nak masuk. Waktu itu baru pukul 6 petang. Tutup jam 7 petang. Masih ada waktu lagi. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2. Anak-anak bebas bermain sesuka hati sebab orang tak ramai.


1, 2 senyum ...

Chapel pertama dibina oleh Francis Light. Chapel ni gereja kecil, kira macam surau laa ..


Naik atas benteng, kubu kota lama. 

Ini bilik simpanan serbuk peluru meriam.

Salah satu meriam lama.

Tepat 7 malam kereta memasuki feri untuk menyeberang ke tanah besar. Puaslah hati Puteri dapat merasa naik feri.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 ulasan:

  1. Wah. Hee seronoknya jalan jalan utara.

    BalasPadam
  2. Assalam, nak tanya Rela Kupujuk 2 admin x continue dah ke? Saya dpt buku Rela Kupujuk 1 sebagai hadiah baru dlm minggu lepas and dah habis baca. Best sgt buku ni.. nak tahu sambungan nadirah and saiful, Ke buku yg kedua ni dah keluar kat pasaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. And saya harap sgt dpt baca sambungan buku ni

      Padam

Light Purple Glitter Pointer