Isnin, 26 September 2011

Petikan Bab 4

             "Nad nak tahu kenapa siput babi jalan lambat?" soal Saiful tiba-tiba.
           Nadirah menggerakkan keningnya. Rasa ingin tahu membuak-buak. Nampaknya Saiful tidak lokek berkongsi ilmu, fikirnya. Tentu dia banyak membaca sehinggakan sebab siput babi berjalan lambat pun dia tahu. Apa penjelasan saintifiknya kali ini?
           "Kenapa?" soal Nadirah tidak sabar-sabar.
     
(Ehem .. teruskan membaca novel ini. Anda akan tahu jawapannya. Tapi kalau nak teka pun takpe ...)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Rabu, 7 September 2011

Sinopsis Rela Kupujuk

Ramai yang minta sinopsis Rela Kupujuk. Jadi di sini saya sertakan:

Cerita berkisar di sebuah sekolah berasrama penuh di Johor Bahru. Nadirah meminati Saiful, Ketua Pelajar sekolah itu dalam diam, tetapi perasaan itu dikongsi ramai pelajar perempuan lain, termasuk guru-guru sekolah itu. Minat tidak semestinya 'cinta'! Siapa yang tak menyenangi jejaka tinggi lampai, jaguh sukan sekolah, handsome dan berkarisma itu? Malangnya mereka tak pernah bertegur sapa. Jadi, Nadirah hanya memendam dalam diam kerana dia percaya sampai habis sekolah pun mereka tidak akan berkawan kerana personaliti mereka memang jauh berbeza! Siapalah dirinya .. Nadirah menyedari kekurangan itu. Satu hari, mereka dimainkan kawan-kawan dan sejak hari itu mereka menjadi kawan karib.

Bahagia tidak selamanya. Sejak mengetahui ibunya bakal menemui ajal, Nadirah menjadi seorang yang amat pasif dan tidak menghiraukan pelajarannya lagi. Dia juga tidak mahu meneruskan persekolahannya di JB lagi. Sikapnya merisaukan teman dan keluarganya. Saiful menawarkan bantuan, memujuk Nadirah dan mengembalikan semangatnya semula. Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih akrab sehinggalah kemasukan pelajar baru ke sekolah itu menghuru-harakan segala-galanya.

Rajuk Nadirah berpanjangan. Puas Saiful cuba memujuknya tetapi setiap usaha yang cuba dilakukannya nyata sia-sia. Malah Nadirah semakin menjauhinya. Sehinggalah satu hari, ketika berlangsungnya peperiksaan SPM, Nadirah menghilangkan diri dari sekolah.

Ke mana Nadirah pergi?

Kalau nak tahu .. beli dan baca novel ini .. Selamat Membaca!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Light Purple Glitter Pointer