Cuti sekolah kali ni, kami jalan-jalan utara. Duration, 4 hari 4 malam juga. Patutnya trip bermula jam 4.30 pagi, tapi dah semua lambat bersiap (yelah .. pagi2 buta nak kena bangun) maka terpaksa bertolak lewat sikit, jam 5.15 pagi. Cadangnya nak berhenti solat subuh di Tapah, tapi 6.30 pagi baru sampai di Tanjung Malim. Rupanya kawasan rehat situ tengah dalam renovation, jadi terpaksalah bersolat di stesen minyak saja. Ramai juga manusia. Then, kami teruskan perjalanan dan berhenti di RTC Perak, kawasan baru tu. Ada Mydin Mall sekali. Tapi sebab kami tiba baru jam 8.00 pagi, hanya kedai mamak saja yang buka. Berbaris orang nak breakfast dengan roti canai. Kalut jugalah mamak tu menebar satu demi satu. Selepas breakfast kami meneruskan perjalanan. Destinasi pertama ialah Sungai Sedim, Karangan, Kedah. GPS kata exit Grik, tapi kami terlepas dan GPS cadangkan kami exit Bandar Baharu. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah nama kampung yang ditempuh, Kg Permatang Kerat Telunjuk! Banyak lagi nama kampung yang unik dijumpai di Kedah, antaranya Nami. Macam Nami Island pulak ;)
Kami tiba di Sg Sedim lebih kurang jam 11 pagi. Mula-mula menaiki jambatan gantung 'Tree Top Walk'. Tiket masuk ialah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak (7 - 17 tahun). Tujuan sepatutnya untuk pencinta alam sekitar ialah melihat pokok dari aras atas, sebab selama ni kita mendongak untuk melihat pokok-pokok besar. Tapi kami anak-beranak lebih leka melayan rasa gabra pada ketinggian. Masa berseronok ialah mandi sungai!
|
Ketinggian 1.8 m dari tanah. Belum gayat lagi .. |
|
Yang bermandi-manda tu bukan di sungai ni .. Ini view dari jambatan bosi |
Lepas mandi-manda, kami teruskan perjalanan ke Baling. Makan kenduri kawin anak saudara rakan lama. Jauh berjalan, sampailah masa untuk mengisi minyak. Menariknya, di sini banyak betul stesen minyak berikut ..
|
Agak-agak kat negeri lain ada tak stesen minyak ni? |
Selepas tu bertolak ke Ulu Legong Hotspring dan bermalam di situ. Kat sini waktu malam lebih happening. Memanglah, siapa nak mandi air panas waktu siang. Cuaca kan panas. Waktu malamlah yang paling sesuai. Kolam air panas di sini buka 24 jam. Jadi sepanjang malam terdengar suara keriuhan kanak-kanak mandi-manda.
|
Waktu malam di Ulu Legong Hotspring |
Hari kedua, kami teruskan perjalanan ke Ladang Anggur Tasik Beris. Nak merasa anggur keluaran Malaysia! Tiket masuk RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Tetapi tak boleh petik sebab anggur belum masak. Tengok ajelah ...
|
Percayalah! Anggur ini ditanam di Malaysia |
|
Anggur hitam, action aje, mana boleh petik! |
|
Makan tengah hari berlatar belakangkan Tasik Beris. |
Selepas melawat ladang anggur, kami ke depan lagi, melihat Tasik Beris. Kononnya nak berkayak, tetapi nampak tak ada orang pun beraktiviti.
|
Salah satu chalet di Tasik Beris. |
Tetapi awas, jalan menuruni bukit untuk ke kawasan ini dari D'Puncak Beris amat curam. Jadi, hati-hati apabila berkereta menuruni bukit itu ya .. Kalau tak berani, baik berhenti tepi jalan dan jalan kaki saja ke bawah. Memandangkan hari itu hari Ahad, kami terus menuju ke Wang Kelian, Perlis.
|
Suggested road by GPS! Entah ke mana kami dibawa, rasa macam kat oversea pulak |
Kerana terlalu bergantung sepenuhnya pada GPS, kami tiba di Wang Kelian pukul 4 petang. Orang dah makin kurang. Jadi tidaklah terlalu jauh kami berjalan kaki masuk ke sana.
|
Bukti bahawa kami dah sampai ke sempadan Malaysia-Thailand
|
Selepas membeli-belah ala kadar, kami terus ke Kangar untuk check in Hotel Seri Malaysia. Cantik hotel ni, baru buat agaknya sebab deconya nampak baru. Tapi TV masih pakai model kotak, belum tukar ke flat screen!
Malam, kami ke Kuala Perlis untuk merasa seafood orang Kuala. Tapi mungkin kami silap pilih kedai, rasanya tidaklah mengancam sangat.
Sepanjang jalan ke jeti Kuala Perlis, memang banyak gerai makan dan pelanggan pun ramai malam itu. Selepas makan, kami tidak ke mana-mana lagi kerana sudah keletihan berjalan sepanjang hari. Di hotel, happening juga, ada sesi karaoke terbuka di ruang reception. Untuk satu lagu RM2, tiga lagu RM5. Ketika kami sampai, ada juga pelanggan yang melepas gian nak menyanyi. Suara pun boleh tahanlah ..
OK, kita berehat dulu. Next entry hari ketiga dan keempat pulak.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan