Sabtu, 8 Jun 2013

Perlis-Kedah-Penang trip (day 3 and 4)


Check out dari Seri Malaysia dalam jadual sepatutnya selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi, tapi kami lewat sejam. Hari ketiga dlm itinerari melawat Taman Ular dan Ladang Harumanis. Kedua-duanya berdekatan antara satu sama lain. Tapi sebab semalam dah skip 2 sesi lawatan, maka hari ni terpaksa ubah jadual sikit. Lepas breakfast kami menuju ke Padang Besar. Anak-anak cari jersey, dapatlah satu sorang. Dan si Puteri kecik tu, inilah yg jadi pilihannya ...

Dia pilih warna putih. Bear besar ni 3x ganda saiz dia. Harga murah je, RM70.

Keluar dari Padang Besar, kami terus ke Gua Kelam. Kedua-dua destinasi ni patutnya semalam, tapi dah semua keletihan, maka terpaksa ditunda ke hari ni.

cantik, kan?

Batu kuartz semula jadi.


siap pantun-pantun lagi...


dalam ni dingin sekali. macam ada aircond

ada secret garden dalam ni rupanya. ingatkan setakat gua aje. ramai juga yg bawa bekalan makanan utk berkelah dlm ni. 
Suasana redup dan dingin membuatkan terasa nak berlama-lama di sini.

Selepas melawat Gua Kelam, kami terus ke Taman Ular. Rupa-rupanya bukan saja ular -  monyet, buaya, ostrich juga ada kandang masing-masing di sini. Ada juga bekas kosong tertulis, "Ular ke Kuala Lumpur". Bukan main lagi, ular pun ada sesi lawatan ke KL musim cuti sekolah ni!

Belailah saya, kata Manja. Ada berani?

Sian ular ni. Nama tak glamor langsung!
Selepas Taman Ular, kami menuju ke Ladang Harumanis. Malangnya kami diberitahu musim sudah habis sabtu lalu. Hanya lewat 2 hari saja. Kenalah tunggu tahun depan pulak.

Ini le harumanis terbesar kat Perlis!

Tamat sudah sesi lawatan di Perlis. Hmm ke mana pulak destinasi seterusnya?

Nak ke Hanoi, Manila atau Seri Begawan kami tak bawa passport pulak. Terpaksalah terus saja ke Alor Star. Kami sampai jam 4 petang di Pekan Rabu. Di sini hanya makan tengah hari (tp dah petang). Beli sikit dodol dan asam jawa untuk bawa balik. Cadangnya malam ini nak tidur di puncak Gunung Jerai, tetapi memandangkan dah lewat petang, terpaksalah cancel booking dan mencari pulak hotel di Alor Star. Nasib baik Seri Malaysia Alor Star masih lagi ada satu bilik untuk family. Tapi tak boleh booking, kena walk in. Siapa cepat dia dapat. Memang rezeki kamilah, sempat grab bilik tu. Sesak juga perasaan sebab banyak hotel yang kami call semuanya penuh. Sebelah malam pula kami mengambil peluang naik Menara Alor Star.

Tinjau jgn tak tinjau.

Balik dari meninjau di Menara Alor Star, kami singgah makan malam di Stadium Alor Star. Wah, happening sungguh kat sini. Banyak betul gerai berwarna-warni.

Besoknya kami bertolak ke Gurun, untuk menaiki Gunung Jerai. Jalan ke puncak Jerai sungguh berliku-liku. Selekohnya memang sangat tajam. Sebelum naik gunung ni eloklah check brake dan hon. Memang kena selalu membunyikan hon sebab nak bagitau kenderaan di laluan bertentangan akan kehadiran kita. Jarak dari bawah ke puncak hanya 12 km.

Hati-hati, laluan sgt sempit.
Sepanjang jalan ke puncak, bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak Cina yang berjalan kaki ke puncak. Usia dalam awal belasan tahun, mungkin dalam umur 13 - 15 tahun. Nampaknya mereka nak menangkap rama-rama. Tinggi sedikit ke atas, nampak pulak orang berbasikal. Usia mereka dalam lewat 40an atau 50an. Respectlah kat pakcik-pakcik ni, masih ada stamina lagi!
Masa awal sampai, masih berkabus walaupun dah tengah hari.
View dari puncak Jerai. Nampak jelapang padi Malaysia dan juga laut.

Kumpulan berbasikal dah sampai! Cepat jugak

Sesudah menghabiskan masa di puncak Jerai, kami turun dan mencari Lembah Bujang pula. Menurut Tourist Information Center di bawah kaki Gunung Jerai, Lembah Bujang terletak di Merbok. Lebih kurang 45 minit perjalanan ke sana. Sengaja nak dedahkan anak-anak dengan sejarah awal negara.

Cuaca panas sangat, Jadi tak dapatlah nak pergi tengok semua tinggalan candi ni.

Ketika solat di surau Lembah Bujang, sempat berbual dengan Pak Guard di situ. Dia kata kena selalu check kawasan ni sebab baru-baru ni mereka tangkap remaja sekolah berkhalwat di situ.Ish ... ish.. dah salah guna pulak tempat bersejarah ni. Mereka nak buat sejarah sendiri pulak!

Ikut itinerari, berakhirlah sudah sesi lawatan kali ini. Tapi ada orang yang tak puas hati sebab tak dapat char kue tiau yang diidamkan. Lagipun memang belum lunch. Puteri pulak kata dia tak pernah naik feri (walhal dah banyak kali pergi, tapi mungkin dia tak ingat). Jadi kami terus menuju ke Pulau Pinang. Sampai di sana, kami mencari Padang Kota Lama dan makan di situ. Yang bestnya, baru je letak punggung, menyerbu semua wakil gerai tanya nak makan/minum apa. Pening juga, nak duduk pun belum sempat apatah lagi nak fikir pasal menu! Tapi semua dapat apa yg diidam, laksa Penang, char kue tiau, sotong bakar, sotong kangkung, mi udang, kerang bakar, dan nasi ayam! Macam-macam menu masuk perut sebab semua nak merasa sikit sorang. Nasib baik perut tak meragam.
Ada sesape terliur?
Lepas menjamu selera, kami jalan-jalan di persisir pantai. Ternampak pulak pintu Fort Cornwalis. Rupa-rupanya boleh masuk melawat dalam kota ni. Selama ni walaupun dah banyak kali datang Penang, tak pernah pun terdetik nak masuk. Waktu itu baru pukul 6 petang. Tutup jam 7 petang. Masih ada waktu lagi. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2. Anak-anak bebas bermain sesuka hati sebab orang tak ramai.


1, 2 senyum ...

Chapel pertama dibina oleh Francis Light. Chapel ni gereja kecil, kira macam surau laa ..


Naik atas benteng, kubu kota lama. 

Ini bilik simpanan serbuk peluru meriam.

Salah satu meriam lama.

Tepat 7 malam kereta memasuki feri untuk menyeberang ke tanah besar. Puaslah hati Puteri dapat merasa naik feri.







TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Khamis, 6 Jun 2013

Kedah-Perlis trip (Day 1 and Day 2)

Cuti sekolah kali ni, kami jalan-jalan utara. Duration, 4 hari 4 malam juga. Patutnya trip bermula jam 4.30 pagi, tapi dah semua lambat bersiap (yelah .. pagi2 buta nak kena bangun) maka terpaksa bertolak lewat sikit, jam 5.15 pagi. Cadangnya nak berhenti solat subuh di Tapah, tapi 6.30 pagi baru sampai di Tanjung Malim. Rupanya kawasan rehat situ tengah dalam renovation, jadi terpaksalah bersolat di stesen minyak saja. Ramai juga manusia. Then, kami teruskan perjalanan dan berhenti di RTC Perak, kawasan baru tu. Ada Mydin Mall sekali. Tapi sebab kami tiba baru jam 8.00 pagi, hanya kedai mamak saja yang buka. Berbaris orang nak breakfast dengan roti canai. Kalut jugalah mamak tu menebar satu demi satu. Selepas breakfast kami meneruskan perjalanan. Destinasi pertama ialah Sungai Sedim, Karangan, Kedah. GPS kata exit Grik, tapi kami terlepas dan GPS cadangkan kami exit Bandar Baharu. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah nama kampung yang ditempuh, Kg Permatang Kerat Telunjuk! Banyak lagi nama kampung yang unik  dijumpai di Kedah, antaranya Nami. Macam Nami Island pulak ;)

Kami tiba di Sg Sedim lebih kurang jam 11 pagi. Mula-mula menaiki jambatan gantung 'Tree Top Walk'. Tiket masuk ialah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak (7 - 17 tahun). Tujuan sepatutnya untuk pencinta alam sekitar ialah melihat pokok dari aras atas, sebab selama ni kita mendongak untuk melihat pokok-pokok besar. Tapi kami anak-beranak lebih leka melayan rasa gabra pada ketinggian. Masa berseronok ialah mandi sungai!

Ketinggian 1.8 m dari tanah. Belum gayat lagi ..

Yang bermandi-manda tu bukan di sungai ni ..  Ini view dari jambatan  bosi

Lepas mandi-manda, kami teruskan perjalanan ke Baling. Makan kenduri kawin anak saudara rakan lama. Jauh berjalan, sampailah masa untuk mengisi minyak. Menariknya, di sini banyak betul stesen minyak berikut ..
Agak-agak kat negeri lain ada tak stesen minyak ni?

Selepas tu bertolak ke Ulu Legong Hotspring dan bermalam di situ. Kat sini waktu malam lebih happening. Memanglah, siapa nak mandi air panas waktu siang. Cuaca kan panas. Waktu malamlah yang paling sesuai. Kolam air panas di sini buka 24 jam. Jadi sepanjang malam terdengar suara keriuhan kanak-kanak mandi-manda.
Waktu malam di Ulu Legong Hotspring
Hari kedua, kami teruskan perjalanan ke Ladang Anggur Tasik Beris. Nak merasa anggur keluaran Malaysia! Tiket masuk RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Tetapi tak boleh petik sebab anggur belum masak. Tengok ajelah ...
Percayalah! Anggur ini ditanam di Malaysia

Anggur hitam, action aje, mana boleh petik!
Makan tengah hari berlatar belakangkan Tasik Beris.

Selepas melawat ladang anggur, kami ke depan lagi, melihat Tasik Beris. Kononnya nak berkayak, tetapi nampak tak ada orang pun beraktiviti.
Salah satu chalet di Tasik Beris.
Tetapi awas, jalan menuruni bukit untuk ke kawasan ini dari D'Puncak Beris amat curam. Jadi, hati-hati apabila berkereta menuruni bukit itu ya .. Kalau tak berani, baik berhenti tepi jalan dan jalan kaki saja ke bawah. Memandangkan hari itu hari Ahad, kami terus menuju ke Wang Kelian, Perlis.
Suggested road by GPS! Entah ke mana kami dibawa, rasa macam kat oversea pulak
Kerana terlalu bergantung sepenuhnya pada GPS, kami tiba di Wang Kelian pukul 4 petang. Orang dah makin kurang. Jadi tidaklah terlalu jauh kami berjalan kaki masuk ke sana.
Bukti bahawa kami dah sampai ke sempadan Malaysia-Thailand


Selepas membeli-belah ala kadar, kami terus ke Kangar untuk check in Hotel Seri Malaysia. Cantik hotel ni, baru buat agaknya sebab deconya nampak baru. Tapi TV masih pakai model kotak, belum tukar ke flat screen!

Malam, kami ke Kuala Perlis untuk merasa seafood orang Kuala. Tapi mungkin kami silap pilih kedai, rasanya tidaklah mengancam sangat.

Sepanjang jalan ke jeti Kuala Perlis, memang banyak gerai makan dan pelanggan pun ramai malam itu. Selepas makan, kami tidak ke mana-mana lagi kerana sudah keletihan berjalan sepanjang hari. Di hotel, happening juga, ada sesi karaoke terbuka di ruang reception. Untuk satu lagu RM2, tiga lagu RM5. Ketika kami sampai, ada juga pelanggan yang melepas gian nak menyanyi. Suara pun boleh tahanlah ..

OK, kita berehat dulu. Next entry hari ketiga dan keempat pulak.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Ahad, 12 Mei 2013

KL, aku pulang ..

Jadual hari pertama dan kedua terasa begitu padat. Hari ketiga kami bersantai2 di hotel dan check out. Puteri kecil sempat mandi kolam.
Pemandangan kolam renang dari tingkat 3

Lepas check out kami menuju ke Ubud. Ubud adalah pusat artistik Bali. On the way sempat singgah di beberapa tempat seperti berikut:


Industri kampung: kopi luwak berharga Rp50 ribu secawan.

Industri batik. 

Industri lukisan. Beli sekeping lukisan di sini. Pasir pantai dalam lukisan betul2 menggunakan pasir sebenar. 
 Sempat juga melalui industri perabot, industri barangan perak (terbeli sebentuk cincin perak!) dan kilang barangan Polo Ralph Lauren. Tapi tak membeli pun di sini kerana terlalu mahal harganya walaupun dikatakan harga kilang. Semua pakaian dijual dalam USD.
Panorama dalam perjalanan ke Ubud

View dari Batur Sari

Banyak attraction sepanjang jalan ke Ubud. Kami tiba di banglo sewa hampir 5 petang. Letaknya tak jauh dari bandar Ubud. Tengoklah gaya banglo mewah kami di tengah sawah. Siap dengan kolam private lagi. Apa lagi, kami pun tak melepaskan peluang untuk mandi-manda sekeluarga.
Ini salah satu bilik. Khas untuk anak teruna kami. 

Kolam renang di tingkat bawah.
Best kan? Sesekali berbelanja untuk keluarga. Besoknya kami check out dan singgah di Monkey Forest. Wah, monyet kat sini walaupun nampak jinak tapi sangat agresif. Nama pun monyet .. Ada sekor tu, siap tarik seluar minah saleh lagi ..
Seronok tengok monyet ni beria2 nak buka botol air mineral. 

Terserempak pulak dengan penggambaran sinetron .. Tapi tak kenal pulak siapa pelakonnya.

Lebih kurang jam 12 tgh kami meninggalkan tempat ini dan balik ke Kuta untuk membelai diri di spa. Anak-anak dibawa pak supir untuk makan di KFC. Habis spa, sempat singgah di factory outlet Bali Brasco. Pakaian branded agak murah. Cuma pekerjanya macam malas nak melayan. Tak taulah kot mereka pilih bulu ..nak melayan yang ada USD dan Pound Sterling je .. Sejam di sini, kami pun berangkat ke airport. Jalan jem pulak tu. Katanya ada Menteri datang ramai2.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Light Purple Glitter Pointer