Ahad, 2 Oktober 2011

Rela Kupujuk 2

Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya, apa yang terjadi pada hubungan Nadirah dan Saiful, sila klik di sini. Saya sudah masukkan 3 bab. Insya-Allah, saya akan masukkan bab-bab berikutnya secepat mungkin. Selamat membaca ....
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isnin, 26 September 2011

Petikan Bab 4

             "Nad nak tahu kenapa siput babi jalan lambat?" soal Saiful tiba-tiba.
           Nadirah menggerakkan keningnya. Rasa ingin tahu membuak-buak. Nampaknya Saiful tidak lokek berkongsi ilmu, fikirnya. Tentu dia banyak membaca sehinggakan sebab siput babi berjalan lambat pun dia tahu. Apa penjelasan saintifiknya kali ini?
           "Kenapa?" soal Nadirah tidak sabar-sabar.
     
(Ehem .. teruskan membaca novel ini. Anda akan tahu jawapannya. Tapi kalau nak teka pun takpe ...)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Rabu, 7 September 2011

Sinopsis Rela Kupujuk

Ramai yang minta sinopsis Rela Kupujuk. Jadi di sini saya sertakan:

Cerita berkisar di sebuah sekolah berasrama penuh di Johor Bahru. Nadirah meminati Saiful, Ketua Pelajar sekolah itu dalam diam, tetapi perasaan itu dikongsi ramai pelajar perempuan lain, termasuk guru-guru sekolah itu. Minat tidak semestinya 'cinta'! Siapa yang tak menyenangi jejaka tinggi lampai, jaguh sukan sekolah, handsome dan berkarisma itu? Malangnya mereka tak pernah bertegur sapa. Jadi, Nadirah hanya memendam dalam diam kerana dia percaya sampai habis sekolah pun mereka tidak akan berkawan kerana personaliti mereka memang jauh berbeza! Siapalah dirinya .. Nadirah menyedari kekurangan itu. Satu hari, mereka dimainkan kawan-kawan dan sejak hari itu mereka menjadi kawan karib.

Bahagia tidak selamanya. Sejak mengetahui ibunya bakal menemui ajal, Nadirah menjadi seorang yang amat pasif dan tidak menghiraukan pelajarannya lagi. Dia juga tidak mahu meneruskan persekolahannya di JB lagi. Sikapnya merisaukan teman dan keluarganya. Saiful menawarkan bantuan, memujuk Nadirah dan mengembalikan semangatnya semula. Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih akrab sehinggalah kemasukan pelajar baru ke sekolah itu menghuru-harakan segala-galanya.

Rajuk Nadirah berpanjangan. Puas Saiful cuba memujuknya tetapi setiap usaha yang cuba dilakukannya nyata sia-sia. Malah Nadirah semakin menjauhinya. Sehinggalah satu hari, ketika berlangsungnya peperiksaan SPM, Nadirah menghilangkan diri dari sekolah.

Ke mana Nadirah pergi?

Kalau nak tahu .. beli dan baca novel ini .. Selamat Membaca!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Selasa, 23 Ogos 2011

Petikan Bab 2

Selepas bertukar-tukar nombor telefon, Nadirah segera beredar. Saiful menghantar Nadirah dengan pandangan matanya. Entah kenapa, hatinya berasa tidak puas bermesra dengan gadis itu. Terlalu sekejap. Kenapa mesti cepat sangat Nadirah pergi? Tidak mengapalah, dia memujuk hati sendiri. Diamatinya nombor telefon yang tergenggam kemas. Tiga angka terawal nampak seperti biasa di matanya. Dia tersenyum panjang melihatkan nombor telefon itu dan kemudian matanya beralih kembali pada lenggang si gadis.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Ahad, 21 Ogos 2011

Review pembaca

Sungguh terharu kerana ada yang menangis 2 malam membaca novel ini. Terima kasih Shasha kerana bukan setakat membaca, malah menyelami perasaan watak dalam novel ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Rabu, 10 Ogos 2011

Petikan Bab 1

"Kalau Pul cakap, janji Nad tak marah atau melenting. Anggap sahaja pertemuan kita hari ini memang ditakdirkan. Mulai hari ini, kita berkawan," ujar Saiful kemudiannya. Nadirah menjadi semakin keliru. Apa yang cuba disampaikan oleh lelaki d hadapannya itu?

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isnin, 18 Julai 2011

Panazz !! Novel Rela Kupujuk Kini di Pasaran!!

Salam,
Anda sudah membeli dan membaca novel Rela Kupujuk? Terima kasih. Jika ada komen, anda boleh tulis di sini. Tetapi jika anda berasa sukar untuk mendapatkannya (memanglah ... boleh beli online saja!) anda boleh email saya (puteridhamia@gmail.com) atau pesan di sini. Harga cuma RM21.90. Harga pos (courier service) RM6 untuk Semenanjung dan RM9.00 untuk Sabah & Sarawak. Insya-Allah boleh sampai dalam 1 hari.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Light Purple Glitter Pointer